Sunday, June 19, 2011

Isu GSTT lagi

Posted by Ciknoqa Yusof at 9:49 PM

Salam,
Kalau di utara waktu bekerja hari ahad..malas ke rajin ke wajib hadir ke sekolah..takde alasan lain...nak pulak aku yang mengajar di sekolah menengah jenis kebangsaan cina nie..di rumah dah pikir nak berhadapan dengan bermacam-macam karenah budak-budak..tapi once dh aku pilih ini kerjaya aku..so hadapilah dengan senyuman bak lagu kumpulan dewa :)okeh arini ada lagi isu pasal GSTT..macam goodnews tapi arap2 jadi kenyataan la..moga penantian selama 4 tahun ini tidak sia-sia..


BEAUFORT, 18 Jun (Bernama) -- Kira-kira 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) akan diberi peluang mengikuti kursus perguruan selama 18 bulan di institusi perguruan di seluruh negara dalam tempoh terdekat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata berkata beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud untuk mengatur dan mengurus perkara itu.

"Terdapat sedikit kelewatan untuk menyerapkan mereka kerana masalah teknikal yang mana mereka perlu mengikuti kursus di institusi perguruan untuk membolehkan mereka diserapkan sebagai guru tetap.

"Saya harap proses ini dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat," kata Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, dalam ucapannya semasa merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Beaufort di sini.

Beliau berkata proses ini akan mengambil masa kerana jumlahnya agak besar, dan ini termasuk lebih 500 guru sandaran di Sabah.

Muhyiddin berharap guru GSTT yang berminat untuk menjadi guru, mengambil peluang dari proses latihan dan penyerapan yang dijalankan oleh kementerian itu.

-- BERNAMA
ahaaaaaaaaa ini pon aku still waiting..arap2 xde lah sampai waiting aku dah jadi rupe gini..sian makcik wehhh hahahhahahaha.ini makcik dah lari tajuk nih hihihi..

7 comments:

eita on June 20, 2011 at 12:23 AM said...

Hahaha!!itu waiting for perfect man...tp jgn la jd camtu yer...agak lawak aku tgk pic.tu...dok tpk2 cam kita dua ni laaaaa...tunggu dan tunggu dan tunggu...apa2 pun, aku doakn mudah-mudahan penantian hg berbaloi. insyallah...percaya pd rezeki Allah..

Mrs.NZ on June 20, 2011 at 12:29 AM said...

bunyi mcm good news kan?insyallah,let us pray hard.ameen.

p/s yg bawah tu skeri okeyh! :p

Unknown on June 20, 2011 at 7:10 AM said...

hikhik..hrp2 lelaki yg diidamkan akan tiba scpt mungkin :p

*knora yg tukar ke template tu.nk guna yg ni ke putih?

Ciknoqa Yusof on June 20, 2011 at 10:11 PM said...

Along,
arap-arap penantian tu akan berakhir cewahhh bermadah pulak..

Achik,
emm macam good news.arap2 cepat la tindakan kpm.aku dh xsabar nak dpt cikgu tetap..eheeeee pic yg bawah tu cam kelakar+scary..pic tu contohnya diri aku la tggu keje+tggu perfect man ;)

fiza,
aminnn..fiza cepat2 la hembus ckit kat muka kak nora bg cepat kawen hihihi..

sue47636 (ADDA) on June 22, 2011 at 12:30 AM said...

salam..ziarah...balas kembali kunjungan kamu di blog akak..thanks...hehe...sampai menungu jadi si rangka...lak yea...jangan lupa ikuti berita terkini dari GROUP FACE BOOK..KOMUNITI GSST DAN EX-GSTT YEA..banyka info..kamu leh dapat...http://www.facebook.com/home.php?sk=group_200012906699567..ok.ADIOS....

Myra Jay on June 27, 2011 at 10:37 PM said...

Selamat menanti, moga ada rezeki tu nanti insyaAllah.. :)

**Salam terjah dari blog Mrs Fiza**

Ciknoqa Yusof on June 28, 2011 at 9:47 PM said...

Myra..salam perkenalan :)
thanks kerana sudi singgah kat blog ceq yg tak sebarapa nih..myra doakan yer bg penantian itu berakhir hihihi..

 

CiknoQa Yusof Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei