Tuesday, December 18, 2012

Comel

Posted by Ciknoqa Yusof at 12:15 AM 0 comments
Assalammualaikum...
Dah tak sempat nak update entry macam awal-awal cuti aritu..masa tengah cari wallpaper untuk laptop terjumpa picture nie..comel kan..terus save..then upload terus kat blog..
emm ni gambar Irma dengan husband dia..nie couple yang paling aku suka..berhijrah ke lebih baik dan dibimbing oleh ketua keluarga yang soleh untuk menjadi isteri yang solehah..berjumpa skejap pastu berkahwin..dan bercinta selepas kahwin..so sweet..moga aku juga begitu cewahhhh nak jugak hahahaha...


Thursday, November 29, 2012

Personaliti

Posted by Ciknoqa Yusof at 12:43 AM 3 comments
Salam..
arini nak share satu artikel yang aku dapat daripada internet..hasil kajian dari Dato' Dr. Fadzilah Kamsah tentang bulan kelahiran dan personaliti seseorang..aku pula lahir bulan September..emmm ada ciri-ciri dekat situ yang sama sebijik kena dekat aku..so korang pulak bagaimana??
JANUARI
  • Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
  • Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
  • Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
  • Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
  • Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
  • Pandai mengambil hati orang lain.
  • Pendiam kecuali telah dirangsang.
  • Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
  • Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
  • Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
  • Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
  • Cukup sayang pada kanak-kanak.
  • Suka duduk di rumah.
  • Setia pada segala-galanya.
  • Perlu belajar kemahiran bersosial.
  • Sifat cemburu yang sangat tinggi
FEBRUARI
  • Berfikiran abstrak.
  • Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
  • Bijak dan pintar
  • Berpewatakan yang mudah berubah.
  • Mudah menawan orang lain.
  • Agak pendiam.
  • Pemalu dan rendah diri.
  • Jujur dan setia pada segalanya.
  • Keras hati untuk mencapai matlamat.
  • Tidak suka dikongkong.
  • Mudah memberontak apabila dikongkong.
  • Suka kegiatan yang lasak.
  • Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
  • Mudah mempamerkan marahnya.
  • Tidak suka benda yang remeh-temeh.
  • Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
  • Sangat berani dan suka memberontak.
  • Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka hiburan dan sukan.
  • Suka benda yang bersifat seni.
  • Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
  • Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
  • Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
  • Belajar untuk mempamerkan emosi
MAC
  • Berpesonaliti menarik dan menawan.
  • Mudah didampingi.
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa.
  • Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
  • Suka pada kedamaian.
  • Sangat peka pada orang lain.
  • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
  • Tidak cepat marah dan sangat amanah.
  • Tahu membalas dan mengenang budi.
  • Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
  • Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
  • Suka berangan-angan.
  • Suka melancong.
  • Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
  • Kelam kabut dalam memilih pasangan.
  • Suka dengan hiasan rumahtangga.
  • Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
  • Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
  • Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan
April
  • Sangat aktif dan dinamik.
  • Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
  • Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
  • Punya daya mental yang sangat kuat.
  • Suka diberi perhatian.
  • Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
  • Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
  • Sangat berani dan tiada perasaan takut.
  • Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
  • Emosi cepat terusik.
  • Cuba kawal perasaan.
  • Kecenderungan bersifat pendendam.
  • Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
  • Kuat daya ingatan.
  • Gerak hati yang sangat kuat.
  • Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
  • Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
  • Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

  • Keras hati & tegas.
  • Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Mudah marah apabila tidak dikawal.
  • Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
  • Perasaan yang amat mendalam.
  • Cantik dari segi mental & fizikal.
  • Tidak perlu dimotivasikan.
  • Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
  • Mudah dipujuk.
  • Bersikap sistematik (otak kiri).
  • Suka berangan.
  • Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
  • Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
  • Daya khayalan yang tinggi.
  • Permikiran yang tajam.
  • Pandai berdebat.
  • Fizikal yang baik.
  • Kelemahan sistem pernafasan.
  • Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
  • Tidak berapa suka duduk di rumah.
  • Tidak boleh duduk diam.
  • Tidak punya ramai anak.
  • Rajin dan bersemangat tinggi.
  • Agak boros
JUN
  • Berfikiran jauh & berwawasan.
  • Mudah ditawan kerana sikap baik.
  • Berperangai lemah lembut.
  • Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
  • Idea yang terlalu banyak di kepala.
  • Bersikap sensitif.
  • Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
  • Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
  • Bersikap suka menangguh-nangguh.
  • Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
  • Cepat marah & cepat sejuk.
  • Suka bercakap & berdebat.
  • Suka buat lawak & bergurau.
  • Otaknya cerdas berangan-angan.
  • Mudah berkawan & pandai berkawan.
  • Seorang yang sangat tertib.
  • Pandai mempamerkan sikap.
  • Mudah kecil hati.
  • Mudah kena selsema.
  • Suka berkemas.
  • Cepat rasa bosan.
  • Sikap terlalu memilih & cerewet.
  • Kurang mempamerkan perasaan.
  • Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
  • Suka pada barang yang berjenama.
  • Mudah menjadi eksekutif.
  • Kedegilan yang tidak terkawal.
  • Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.
JULAI
  • Sangat suka didamping.
  • Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
  • Agak pendiam kecuali dirangsang.
  • Ada harga dan maruah diri.
  • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
  • Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
  • Sangat menjaga hati orang lain.
  • Sangat peramah.
  • Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
  • Berjiwa sentimental.
  • Jarang berdendam.
  • Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
  • Tidak suka benda remeh-temeh.
  • Membimbing cara fizikal dan mental.
  • Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
  • Layanan yang serupa terhadap semua orang.
  • Tinggi daya simpati.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
  • Mudah dan rajin belajar.
  • Suka muhasabah diri.
  • Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
  • Suka mendiamkan diri.
  • Suka duduk di rumah.
  • Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
  • Tidak agresif kecuali terpaksa.
  • Lemah dari segi kesihatan perut.
  • Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
  • Minta disayangi.
  • Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
  • Terlalu mengambil berat.
  • Rajin dalam membuat kerja
OGOS
  • Suka berlawak.
  • Mudah tertawan padanya.
  • Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
  • Berani dan tidak tahu takut.
  • Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
  • Pandai memujuk orang lain.
  • Terlalu pemurah & bersikap ego.
  • Nilai harga diri yang sangat tinggi.
  • Dahagakan pujian.
  • Semangat juang yang luar biasa.
  • Cepat marah & mudah mengamuk.
  • Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
  • Sangat cemburu.
  • Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
  • Cepat berfikir.
  • Fikiran yang berdikari.
  • Suka memimpin & dipimpin.
  • Sifat suka berangan.
  • Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
  • Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
  • Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
  • Belajar untuk bertenang.
  • Sikap kelam kabut.
  • Romantik, pengasih dan penyayang.
  • Suka mencari kawan
SEPTEMBER
  • Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
  • Sangat cermat, teliti & teratur.
  • Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
  • Pendiam tapi pandai bercakap.
  • Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
  • Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
  • Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
  • Sangat sensitif yang tidak diketahui.
  • Seorang yang banyak berfikir.
  • Daya pentaakulan yang baik.
  • Otak bijak & mudah belajar.
  • Suka mencari maklumat.
  • Kawal diri dari terlalu mengkritik.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
  • Suka sukan, hiburan & melancong.
  • Kurang menunjukkan perasaannya.
  • Terluka hatinya sangat lama disimpan.
  • Terlalu memilih pasangan.
  • Sukakan benda yang luas.
  • Bersistematik
OKTOBER
  • Suka berbual.
  • Suka orang yang sayang padanya.
  • Suka ambil jln tengah.
  • Sangat menawan & sopan santun.
  • Kecantikan luar & dalam.
  • Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
  • Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
  • Sentiasa berkawan.
  • Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
  • Cepat marah.
  • Macam pentingkan diri sendiri.
  • Tidak menolong orang kecuali diminta.
  • Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
  • Tidak suka terima pandangan orang lain.
  • Emosi yang mudah terusik.
  • Suka berangan & pandai bercakap.
  • Emosi yang kelam kabut.
  • Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
  • Suka melancong, bidang sastera & seni.
  • Pengasih, penyayang & lemah lembut.
  • Romantik dalam percintaan.
  • Mudah terusik hati & cemburu.
  • Ambil berat tentang orang lain.
  • Suka kegiatan luar.
  • Seorang yang adil.
  • Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
  • Mudah patah semangat
NOVEMBER
  • Banyak idea dalam perkara.
  • Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
  • Berfikiran kehadapan.
  • Berfikiran unik dan bijak.
  • Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
  • Sesuai jadi seorang doktor.
  • Cermat dan teliti.
  • Personaliti yang dinamik.
  • Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
  • Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
  • Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
  • Terlalu degil dan keras hati.
  • Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
  • Tak suka marah kecuali digugat.
  • Mudah ambil berat terhadap orang lain.
  • Pandai muhasabah diri.
  • Cara berfikir yang lain dari orang lain.
  • Otak yang sangat tajam.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Tidak hargai pujian.
  • Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
  • Cuba sampai berjaya.
  • Badan yang sasa.
  • Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
  • Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
  • Suka duduk d irumah.
  • Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
  • Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
  • Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
DISEMBER
  • Sangat setia dan pemurah.
  • Bersifat patriotik.
  • Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
  • Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
  • Seronok bila didampingi.
  • Suka bercampur dengan orang.
  • Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
  • Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
  • Tidak pandai berpura-pura.
  • Cepat marah.
  • Perangai yang mudah berubah-ubah.
  • Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
  • Benci pada kongkongan.
  • Suka berlawak.
  • Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Wednesday, November 28, 2012

Semangat betul!!

Posted by Ciknoqa Yusof at 9:35 PM 1 comments
Assalammualaikum..
Untuk hari ini aku dah update dua entry..rajin tak? hehhehe..kan aku sudah bilang masa cuti sekolah nie la aku dapat mengomel sakan dalam blog nih..ini teman aku, ini lah boyfriend aku ;) ok apa aku buat pada hari rabu yang indah ini??tadi dalam pukul 3 ptg aku bawa mak aku pergi jalan2 rumah kawan aku..merangkap kakak yang duduk satu umah sewa dengan aku..kak Awi nama diberi..saja nak bawa mak ronda-ronda pergi umah kak Awi..lepas sembang-sembang dan makan kami pun balik ke rumah..setengah jam jugak dari umah kak Awi ke umah aku..then petang tu dalam pukul 5.30 aku keluar sorang-sorang pergi Giant dekat taman aku nih..macam biasa mesti aku masuk kedai buku cuci mata apa yang patut..dalam mencuci mata tu aku jumpa benda alah nie..hehehhe apa lagi terus beli..gila semangat kot nak mengajar nanti..

Seperti yang sedia maklum aku akan menjalani praktikal di sekolah sekitar Kedah pada 27 Jan 2013 selama 3 bulan..actually nervous pun ada..yerla banyak kali lecturer nak datang observe aku nanti..stress jugak memikirkan aktiviti yang akan aku buat sepanjang pnp dalam kelas nanti..kalau 2 masa kena observe tu haishhhhh bayangkan lah..apa la aku nak pot pet pot pet dalam kelas nanti..(fully bahasa asing plak tu hahhaha) berkat usaha aku belajar 2 sem ni then macam2 aku blajar tentang English insyaallah aku boleh...yang penting keyakinan diri tu kena tinggi betul tak?? ok belum tunjuk eh apa yang aku beli.. semangat sangat yer teacher Nora hahahha..

Stamp set untuk aku guna time praktikal nanti..bukan ape..budak-budak nie seronok kalau dalam buku tu kita tulis or cop ape2 kan..yg boleh memotivasikan diri mereka..macam kita dulu la cikgu tulis BAIK kat buku pon seronok kan..siap kira lagi aku nie bape kali BAIK dapat dalam setiap latihan aku buat..tu dulu la zaman kanak-kanak ribena...budak-budak kan suka kalau cikgu praktikal mengajar..ini pun cakap berdasarkan pengalaman aku dulu la..bukan main seronok kalau cikgu praktikal mengajar..siap bagi hadiah tu time cikgu tu dah abis praktikal hehehhee..

So aku beli la sebab nampak comel je stamp set nie...balik umah mak aku tanya beli apa..aku tunjuk je benda alah nie..terus mak aku kata amboi baru bulan 11 nie..heheheh termalu ceq..

Good!Perfect!Great!Do it again!Come on!Good Job!English Star!Prize!Checked!Progressed!Keep Up!!!!!

Kek Coklat tanpa butter

Posted by Ciknoqa Yusof at 1:10 PM 1 comments
Salam..
Hai kawan-kawan sekalian..ingat aritu aku ada cakap nak tekad masak kan sepanjang cuti nie..so aku dah berjaya pun dengan usaha tekad aku itu..rajin la sangat yer cuti-cuti nie..bukan apa dulu time aku balik skejap2 cuti kat umah banyak sangat alasan aku bagi.."mak kakcik tak boleh tolong mak masak arini assignment byk sgt nak buat".."mak, kakcik nak study falsafah pendidikan, psikologi, grammar, writing ada test mggu depan" apa semua ada aku bagi alasan..serius jujur kan..sebab aku memang bz sepanjang kat maktab..so mak aku pun tak bising sebab dia tau aku memang buat benda yang betul...sayang mak :) tido setakat 2 jam tu dh jadi rutin..gila panda mata aku nih selama 2 sem kat sana..so sekarang dah free selama 2 bulan nih aku kena buat balik apa yang aku tinggal..aku masak untuk family aku..mengada plak kalau aku bagi reason takmau masak kat mak aku..tu memang sah-sah penyakit MALAS!!!!so bermula lah sesi memasak aku..nak asah balik skill yang aku tinggal lama..sebab aku ngaku aku tak pandai masak sangat..tapi setakat makan untuk family aku mampu la..

Ok aritu aku ada cakap kan aku tingin nak makan kek coklat..sebab kek ni memang fav aku pun..so kemarin ada masa terluang aku start la buat kek coklat aku..yang paling best kek ni tak perlu pakai butter..resepi kek nie aku dapat dari kawan aku Fyda..yang Fyda ni memang pakar dalam memasak..best satu lagi sebab mixer tu boleh basuh dengan cepat tanpa berminyak or melekit..pepaham la kawan-kawan kalau guna butter..time nak basuh mixer aku paling malas hehehe..ok so korang layan jer kek coklak aku nih..

Amacam??nampak sedap tak??hehehe..nie memang kek yang aku suka makan..
 

CiknoQa Yusof Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei