Tuesday, June 28, 2011

Cik Adik Manis Fieza

Posted by Ciknoqa Yusof at 10:36 PM 1 comments
Salam..
emm macam lama tak update blog..mula2 aritu ja ciwi skejap..punya la aku dh miss banyak update dr blog kawan-kawan..bila buka blog baru perasan yang si adik comel ada buat entry pasal aku hahahaha..actually kelakar sangat bila baca entry tu..coz aku dh lupa pasal blind date aku tuh..yerla masa tu muda belia lg baru 23 tahun sih..masih mentah lg rasa..baru nk kenal dunia keja hihihi..
So kalau korang nk tau apa cita kelakar tu leh la singgah ke blog mummy comel ni fiza..satu lagi nak jugak aku promote..header blog aku nih..aku minta tolong fiza yang buat kan..so sape2 berminat nk buat header leh la korang jenguk kat blog dia..fiza ada buat bisnes utk tempahan header blog..apa2 yang korang nak tau..leh contact dia ok :)


ini header blog aku..aku minta dia buat lah camne pon..janji nampak simple n nice..kalau korang berminat..korang leh cakap nk design cmne..Puan Fiza leh buat kan...

Sunday, June 19, 2011

Isu GSTT lagi

Posted by Ciknoqa Yusof at 9:49 PM 7 comments

Salam,
Kalau di utara waktu bekerja hari ahad..malas ke rajin ke wajib hadir ke sekolah..takde alasan lain...nak pulak aku yang mengajar di sekolah menengah jenis kebangsaan cina nie..di rumah dah pikir nak berhadapan dengan bermacam-macam karenah budak-budak..tapi once dh aku pilih ini kerjaya aku..so hadapilah dengan senyuman bak lagu kumpulan dewa :)okeh arini ada lagi isu pasal GSTT..macam goodnews tapi arap2 jadi kenyataan la..moga penantian selama 4 tahun ini tidak sia-sia..


BEAUFORT, 18 Jun (Bernama) -- Kira-kira 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) akan diberi peluang mengikuti kursus perguruan selama 18 bulan di institusi perguruan di seluruh negara dalam tempoh terdekat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata berkata beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud untuk mengatur dan mengurus perkara itu.

"Terdapat sedikit kelewatan untuk menyerapkan mereka kerana masalah teknikal yang mana mereka perlu mengikuti kursus di institusi perguruan untuk membolehkan mereka diserapkan sebagai guru tetap.

"Saya harap proses ini dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat," kata Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, dalam ucapannya semasa merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Beaufort di sini.

Beliau berkata proses ini akan mengambil masa kerana jumlahnya agak besar, dan ini termasuk lebih 500 guru sandaran di Sabah.

Muhyiddin berharap guru GSTT yang berminat untuk menjadi guru, mengambil peluang dari proses latihan dan penyerapan yang dijalankan oleh kementerian itu.

-- BERNAMA
ahaaaaaaaaa ini pon aku still waiting..arap2 xde lah sampai waiting aku dah jadi rupe gini..sian makcik wehhh hahahhahahaha.ini makcik dah lari tajuk nih hihihi..

Saturday, June 18, 2011

Anda mau kelihatan kawaii??

Posted by Ciknoqa Yusof at 12:14 AM 5 comments
Salam..
Wahh..bila dah mula ciwi..maka rajin lah aku menghapdet entry baru hihihi..owh ya my besfren Puan Ninie yang jauh di UK sana tanya ciwi tu apa maksud?So aku dah bagi jawapan kat dia hahahhaa..ciwi tu macam aku la..bila dah stat blogging ni..maka ada saja nak aku post kan ;)
Ok kalau tengok pada tajuk entry tu ada word kawaii..it mean Comel dalam bahasa japang..ahaaaa bukan perasan comel..tapi aku nak share produk dari Korea yang aku rasa kenapa muka orang Korea ni comel-comel belaka..Aku pon dapat produk nie dari kawan aku masa dia pergi Korea..dia kata produk nie famous kat Korea..dan yang penting artis-artis Korea guna produk ini..pastu aku pon apa lagi terus google..yaaaa yang pasti pelakon Korea yang comel sangat si heroin autumn in my heart tu adalah salah seorang duta produk ini..then aku kan suka layan sinetron indon kat astro..baru aku perasan yang produk Etude ni selalu sponsor make up untuk artis-artis Indonesia..patut la artis Indonesia n Korea lebih kurang je make up nye..lowh tak mention lagi rupenye produk ape...so tengok kat bawah nie..

Taraaaaaaaaaaaaaaa
ETUDE HOUSE

 Ini first paper bag yang aku dapat masa mula-mula kenal produk Etude House
Pakai BB Cream ini tiba-tiba i rasa muka jadi macam orang Korea jugak hahahhaha poyosss
 Antara koleksi Etude House
 Masa first i pakai nie gi sekolah..ada cikgu-cikgu yang tegur..cantik la lipstik..brand apa tu..aah..serius korang akan rasa nampak sweet je sebab warna dia soft pink..
lagi sekali i like ;)
Pakai bedak ini pun best.sebab wangi je rasa kat muka aku..
hihihi dasat tak boleh bau muka diri sendiri

Ini amoi kat Etude House tu bagi sebab aku dah berjaya menghabiskan duit di situ..sampai kawan aku kata..emm takmo kuar lagi ke dari umah pink ni??hahahahha sebab aku jugak telah berjaya mempengaruhi dia beli produk Etude macam aku jugak..sory ya Cik Husna
Maybe ada antara korang yang akan terdetik..hok aloh..ingat kan brand MAC, Estee Lauder, Bobbi Brown, Clinique, Lancome, Shiseido apa lagi entah aku tak tahu sangat. Sebab aku tak mampu nak beli brand mahal-mahal nie.. tapi bagi aku brand Etude House ni sesuai dengan kulit aku..bagi aku yang tak berduit ini, aku rasa mahal la jugak coz lipstick Etude ni pun paling murah RM35. Aku beli Maybelline pun murah lagi..tapi sebab nampak sweet je pink nye aku pun berjinak-jinak la dengan produk Etude House nie..Malas la nak cite pasal harga..lupa diri punya pasal masuk dalam umah pink tu abis duit aku hampir RM300..tapi xpelah..aku rasa mahu setahun bertahan make up tu..sekali sekala je shopping..korang survey la kat butik Etude..dah banyak cawangan aku tengok kat Malaysia nie..So selamat mencuba hihihi..waahhh cam duta produk Etude House la pulak dok promote bagai ;)

Friday, June 17, 2011

Bagai Cendawan Tumbuh Selepas Hujan

Posted by Ciknoqa Yusof at 2:24 AM 0 comments
Salam..
Okeh hari ini aku nak share apa yang aku dapat dari internet..emm hebat sungguh kan kalau betul akan naik 14 shopping complex di Penang nie..Antara 14 yang ada dalam web tu,salah satu aku dah pun pergi merasmikan diri disana iaitu Straits Quay..memang best..view yang sangat santek..tapi setakat cuci mata je la makcik..nak shopping tak dapek ler..aku rasa sesuai untuk orang-orang kaya jer nih hihihi..aku berangan jadi orang kaya boleh la...Then yang Paragon Mall tu aku dah nampak masa on da way gi Gurney..sikit hari lagi siap lah..kawan aku cakap yang tu sama macam yang ada dekat Singapore.

So korang layan jerla gambar-gambar yang aku dapat dari web nie 
(maaf ya encek,saya cuma mahu share untuk rakyat Malaysia..sangat terbaikkk lah..
Tapi wajib la aku letak pic aku dulu masa pergi Straits Quay nie..actually masa first aku upload ada la kawan-kawan pm aku kat fb..ada yang tanya..pergi obesea ke?ahaaaa..memang la obesea..dah Kulim ke Penang tu sah-sah over the sea hihihi..

Straits Quay (E&O) - Tanjung Tokong
Penang Time Square phase2 (IVORY) - Georgetown
Paragon Mall (HUNZA) - Gurney
The One (IDEAL) - Bayan Baru
Elit Mall (SEAL) - Bayan Baru
Golden Triangle Mall (GIM) - Sungai Ara
Setia Commercial Park - Sungai Ara
Southbay Plaza (MAH SING) - Batu Maung
Maritime Square (IJMLAND) - Jelutong Expressway
All Season Park (BELLEVIEW) - Farlim
Tesco Sri Tanjung Pinang - Tanjung Tokong
The light phase2 (IJMLAND) - Jelutong Expressway

Tourism Mall (IVORY) – Tanjung Tokong
Mula-mula sampai aku ingat kan hotel ke..sekali bangunan shopping complex daa. aku dan cik eita gediks bersama-sama :)

Ashiteru

Posted by Ciknoqa Yusof at 1:08 AM 2 comments
Salam...



ahaaaaaa..sudah entry kedua aku update..pantas okeh..saja nak upload lagu yang aku suka pulak dengar bila ada kat sinetron Cinta Melodi..sekali sekala layan jiwang babe hihi..
comel bangat sih heroin dalam sinetron ini..

Thursday, June 16, 2011

Aku Kembali

Posted by Ciknoqa Yusof at 9:56 PM 2 comments
Salam...
Hai kepada semua..hehhehe macam dah ada followers pula nak hai-hai bagai..emm rindu nya nak menulis semula..sebab rindu itu la aku create blog baru..rasa nak menulis,nak mengomel,nak meluah..dan macam-macam lagi lah..Dulu penah ada blog..dah banyak gile aku post entry..tapi atas sebab tertentu aku terpaksa delete blog lama..so sekarang nak kembali pada dunia blogging..
Hopefully ini blog aku selamanya..dunia aku..dah boleh jadi peneman hidup lepas ini hehehee..
Moga dapat aku jumpa kawan-kawan yang dulu lagi..saya kembali :)
 

CiknoQa Yusof Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei